Sunday, November 15, 2009

Mukadimah Bahagian Pertama - Apa Ertinya Saya Menganut Islam


ءان القسم الأول من هذا الكتاب ؛ وهو بعنوان ( ماذا يعني انتمائي للإسلام) يعرض لأهم المواصفات التي يجب أن تتوفر في الإنسان ؛ ليكون مسلماً حقاًّ

Bahagian pertama buku ini bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"
membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi
membolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya.
___________________________________________________________________
فالانتماء للإسلام ليس انتماء بالوراثة ، ولا انتماء بالهوية ، كما ليس انتماء بالمظهر الخارجي ؛ ءانما هو انتماء للإسلام ، والتزام بلإسلام ، وتكيف باللإسلام ، في كل جوانب الحياة
Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan
secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
___________________________________________________________________
وفيما يلي سنبين - باختصار - أبرز الصفات التي يفترض توفرها في المسلم ؛ ليكون انتماؤه لهذا الدين انتماءً صحيحاً صادقاً ، قال الله تعالي
هُوَ سَمَّٮٰكُمُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ مِن قَبۡلُ وَفِى هَـٰذَا لِيَكُونَ ٱلرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيۡكُمۡ وَتَكُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ - الحج- اية 78
Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala:

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).
 

hadirilah majlis-majlis zikir Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa